Selesai melepak di majlis resepsi Along, dua pupu saya 23 November lepas, kami sekeluarga singgah ke rumah nenek saudara di Parit Besar, Sabak Bernam.
Tok Cik namanya.
Ummi kata,
"Ini satu-satunya tok kita yang tinggal, hargai saudara-mara yang ada sebaik-baiknya. Faham?"
"FAHAM!" Saya dan Fatin. Heh.
Sambil-sambil melepak, sempat jugalah diadakan majlis merisik.
Haha! Bukan merisik oranglah! Hehe…
Tapi, merisik pecal!
Ya. Kami merisik dari Mak Cho, dekat mana ada jual sambal pecal yang sedap. *Yum2!*
Sebab selama ni asyik pesan Mak Cho belikan je, macam menyusahkanlah pulak.
Jadi hari tu kebetulan ada pasar malam. Berbekalkan GPS versi Mak Cho, kami pun redahlah mencari penjual pecal empunya gerai .
JUMPA! Hee…
Gerai ketiga, tepi jalan dekat pintu masuk, sebelah gerai jual tudung, depan Dewan Orang Ramai Parit Baru, dan dekat sebelah kanan jalan kalau dari Kuala Lumpur. (Carilah sampai jumpa!)
Sementara kami tunggu tempahan pecal, kami sempatlah buat cendol layan-diri. Tawar. (Maklumlah, layan-diri...)
Tapikan, bagus tau makcik ni sebab guna strategi jualan yang bernas. Padanlah gerai dia saja, orang dah beratur panjang!
Lepas tu pekena cendol tawar, saya pun ajak Fatin jalan-jalan meneroka alam pasar senja. (Sebab belum malam lagi).
Macam nilah lebih kurang kawasan sekitarnya…
^Seringgit je?!^
^Ah... Nostalgia coklat sekolah rendah~^
^Main doktor-doktor dulu guna ini sebagai ubat! ^
^Manis Malaya??^
^Benda kegembiraan kanak-kanak, tapi dia sendiri nampak kesunyian... Kan?^
^Kekasut^
Saya tabik dengan orang yang beli kasut but ni. (Tak kiralah dia suka atau kena paksa suka oleh anak dia).
Sebab merekalah karakter yang mewarna-warnikan lagi dunia!
(Psst! Saya macam berkenan pulak dengan heels putih, sebelah but pink tu... Selamat dah balik rumah!
Sebab merekalah karakter yang mewarna-warnikan lagi dunia!
(Psst! Saya macam berkenan pulak dengan heels putih, sebelah but pink tu... Selamat dah balik rumah!
^Cuba teka mana satu favourite saya? Hehe...^
Demi ragam manusia dan warna-warni pasar malam yang kita jarang-jarang perasan, saya redah juga!
Kalau malam mesti lagi best, kan? Masa saya pergi ni senja. Pengunjung tak ramai lagi.
Lepas tu, kami pun balik ke gerai pecal kami.
Oh. Maaf. Tak sempat tangkap gambar pecal sebagai gambar pengecaman atau petunjuk kalau-kalau nak cari pecal Parit Baru.
Sampai meja je terus baham! Muahaha!
Lalala~
6 Biskut
Tajuk ada 'pecal', tapi satu gambar pecal pun tak ada.
Ades ini budak..
Haha tapi ada beberapa gambar tu memang buat ku terkenang memori zaman hingusan. *Srooott*
Terutama sekali Cocoa Ball yang kotaknya boleh dibuat harmonika-pakai-buang; dan juga gula-gula ubat tu :D
P.S. Adakah favourite-mu itu adalah seekor lembu (kanan-atas)?
http://syafiqazuan.blogspot.com/2008/10/what-we-eat-for-raya.html
p/s: Psst.. den xpandai buat tinyurl. Tawel! ajari aku!. Hoho.
kalau dulu masa kecik kecik, sure terliur tengok semua benda ni. :)
Haha! Itu namanya "The Art of Creating Titles".
Muahaha~ (Ada ke?)
Eh, awak pun suka ke Cocoa Ball tu? Hehe…
Sedapkan?
Eh, kotak dia boleh ubat harmonika-pakai-buang eh?
Kenapa saya ketinggalan, tak tahu apa-apa ni?
(Ke, ini permainan orang-orang tua macam awak?)
Apa pun, ajar-ajar!
Hehe…
Hehe…
Tu bukan lembulah!
Lembu telinga kecik. Macam telinga Moo.
Jadi, kurang tepat!
Teka! Teka! Muahaha~
Syafik:
Hehe. Tak pernah merasa lagi tidur kat sana. Tak tahulah akan ada ke tak peluang tu. Adess…
Tapi kalau setakat nak merasa ke-koboi-an sebuah pekan, I dah rasa dah masa sekolah kat Rembau dulu. Best! Heheh…
Eh! Maaf u! I ingat nak link-kan blog u pasal pecal tu. Tapi terlupa…
Alang-alang u dah gam (paste) tu, senang kerja.
Heheh…
Maza:
Memang best! Heheh...
Hariry Ariffin:
Hehe! Memang best! Masa kecik je ke? Sure or not?
Saya sampai sekarang pun terliur lagi! *slrrp!*
:P
Ada Biskut Tak?